Sabtu, 26 Februari 2011

Bentuk-bentuk dan Prinsip Komunikasi Islam

 

      Terdapat 4 jenis komunikasi dalam Islam iaitu Komunikasi dengan Allah, Komunikasi dengan sesama manusia, Komunikasi dengan diri sendiri dan Komunikasi dengan alam sekitar.

1. Komunikasi dengan Allah (Hablum Minallah)
Komunikasi dengan Allah adalah komunikasi yang paling tinggi darjat dan yang paling mulia dalam amalan manusia. pelbagai cara boleh dilakukan untuk berkomunikasi dengan Allah, seperti membaca Al-quran, bersolat, berzikir, bertasbih dan sebagainya.

2. Komunikasi dengan sesama manusia (Hablum Minannas)
Komunikasi sesamammanusia berlaku dalam bentuk yang luas secara menyeluruh dalam kehidupan. Sebagai contoh; komunikasi pendidikan, komunikasi keluarga, komunikasi dalam pekerjaan, komunikasi perniagaan, komunikasi dakwah, dan sebagainya.

3. Komunikasi dengan diri sendiri
Komunikasi dengan diri sendiri dapat dilakukan melalui bercakap-cakap dengan diri sendiri seperti melalui proses berfikir, menghisab diri atau muhasabah diri sendiri tentang amalan-amalan yang kita lakukan, ibadah-ibadah harian, proses mengenal diri dan lain-lain.

4. Komunikasi manusia dengan alam sekitar
komunikasi manusia dengan alam sekitar, adalah perlu dilakukan oleh umat Islam sesuai dengan fungsi manusia menurut Islam sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. selain itu, makhluk-makhluk halus juga dikira sebagai isi alam yang boleh berkomunikasi dengan mereka sebagaimana yang pernah dilakukan oleh para nabi dan rasul, ulama, dukun dan orang biasa. sebagai contoh, manusia berkomunikasi dengan jin, syaitan dan malaikat.

      Prinsip komunikasi Islam telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda dalam kehidupan dan ketika menyampaikan risalah. Menurut A.Hasymi komunikasi dalam Islam membawa maksud dakwah ajakan meyakini dan mengamalkan aqidah dan syariah Islam. Antara prinsip-prisip tersebut adalah:

1. Benar
Sesuai dengan kriteria kebenaran. prinsip berkata benar ini sangat ditekankan dalam ajaran Islam. Contohnya: Pertama, Allah menyuruh manusia menyampaikan ucapan yang benar (qawlan salidan) dalam urusan anak yatim dan keturunan.

"Dan hendaklah orang-orang takut kalau-kalau di belakang hari, mereka meninggalkan keturunan yag lemah dan mereka khawatirkan (kesejahteraannya). Hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan berkata dengan qawlan salidan).
                                                                                                  (al-Nisa' : 9)

Kedua, Allah memerintahkan berkata jujur (qawlan salidan) sesudah taqwa.

"Hai orang-orag beriman, bertakwalah kepada Allah dan ucapkanlah qawlan salidan. anti Allah akan membaikkan amal-amal kamu, mengampuni dosa kamu. Siapa yang taat kepada Allah dan RasulNya ia mencapai keberuntungan yag besar."

Qawlan Salidan yang disebutkan pada dua ayat tersebut bererti percakapan yang benar, jujur, lurus, tidak bohong, dan tidak berbelit-belit.

2. Bercakap dengan lemah lembut
3. Menggunakan perkataan yang baik-baik
4. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik
5. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal pandangan
6. Berbahas dengan cara yang lebih baik
7. Menyebut perkara yang penting berulang-ulang kali
8. Mengotakan apa yang dikatakan

Menurut Dr Mohd Yusof Hussain, pentingnya para pendakwah menggunakan prinsip komunikasi yang betul iaitu:

(a) Hikmah
Penggunaan hikmah sangat penting kerana pendakwah dapat membuka hati orang untuk meninbangkan,menyetujui, dan melaksanakan apa yang didorongkan.

(b) Mauizatul Hasanah
Mendorong atau menasihatiorang dewasa untuk melakukan makruf tidak semudah mendorong seorang anak kecil. oleh itu nasihat harus dilakukan secara baik (hasanah).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan