Ahad, 16 Januari 2011

MUTIARA DOA: Doa mohon keampunan kerana iman dan diselamatkan dari neraka

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan periharalah kami daripada seksa neraka."
(Surah Ali-Imran ayat 16)

Komunikasi Dalam Islam: Segera Bertaubat Jika Terlanjur Kata




Semua manusia melakukan kesalahan. Tetapi sebaik-baik mereka adalah orang yang bertaubat. Begitulah cara Islam mengatur hubungan manusia sama ada sesama insan atau dengan Allah. Dengan itu, mana-mana keterlanjuran yang kita lakukan sama ada bentuk perkataan, perbuatan dan pergaulan sebagainya dapat ditebus apabila membabitkan dosa dengan bertaubat.

Seharusnya kita dianjur supaya beristighfar kepada Allah sepanjang masa. Selain itu mana-mana majlis atau perjumpaan hendaklah disudahi dengan membaca tasbih 'kafarah' bagi memohon keampunan sekiranya berlaku cacat-cela dan keterlanjuran dalam satu-satu majlis dihadiri atau berlangsung. Dengan berbuat demikian, mudah-mudahan kita semua selamat dan diberkati Allah dalam kehidupan dan akhirat. Ini semua dapat membetulkan kesalahan dan kesilapan setiap hambaNya.

Sabtu, 15 Januari 2011

Satu permulaan...

Assalamualaikum w.b.t. 
Tidak pernah terlintas di fikiran untuk membuat blog selama ini. Melihat sahabat-sahabat lain mempunyai blog dan sentiasa meng'update' blog-blog mereka masih tidak dapat mempengaruhi saya untuk membuat blog sendiri.
Namun setelah diberikan tugasan semasa dalam kelas, saya mula terfikir mungkin dengan mula membabitkan diri dalam penulisan blog ada kebaikannya. Semoga dengan penghasilan blog ini, dapatlah kiranya saya mencurah sedikit pengetahuan dan pendapat kepada anda semua. Semoga ia dapat memberi keberkatan kepada kita samada di dunia mahupun di akhirat. Insyaallah....


sedikit pantun.
Kedai burger di luar pagar,
Ambil  duit tolong belikan,
Saya blogger baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan


p/s: feel free to follow and comment in my entry :)