Isnin, 11 April 2011

MUTIARA DOA: Doa memohon ditetapkan iman

"Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi dipengaruhi kekufuran dan serikanlahkepadaku rahmat yang dengannya aku mencapai kemuliaan daripada kemuliaanMu di dunia dan di akhirat."

Metode yang Disarankan Rasulullah Dalam mencegah Kemungkaran dan Cabaran yang Dihadapi oleh Komunikator Islam



Metode
1. Mengubah dengan Tangan 
-mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing

2. Mengubah dengan Lidah/lisan
-mengubah dengan percakapan atau lisan, iaitu dengan memberi teguran, nasihat dan bimbingan yang baik.

3. Mengubah dengan Hati 
-dengan cara membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri dari tempat kemungkaran. Kita hendaklah  berazam tidak melakukan kemungkaran dan berharap agar suatu ketika nanti dapat mencegahnya dengan lisan dan kuasa. Mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman kerana kesannya hanyalah untuk kebaikan diri sendiri sedangkan kemungkaran tetap berlaku.


Cabaran-cabaran

   1. Kegagalan dalam Penyampaian Mesej
-          Cara penyampaian mesej yang kabur
-          Mesej disampaikan dengan menggunakan perkataan yang sukar difahami
-          Bahasa yang digunakan tidak jelas

   2.  Kegagalan dalam Memahami Mesej
-          Mesej yang diterima tergantung atau tidak jelas.
-          Penerima mesej lemah di dalam bahasa-bahasa tertentu .
-          Berlaku perubahan kepada mesej asal yang disampaikan.





Sabtu, 19 Mac 2011

MUTIARA DOA: Doa apabila mendapat berita gembira

"Segala puj kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam pujian yang menyamai nikmat-Nya menandingi keutamaan-Nya."

Peranan Media Islam dalam Komunikasi Islam

Dalam konteks komunikasi Islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang media, telah menetapkan bahawa peranan media Islam mestilah selari dengang peranan agama Islam itu sendiri. Peranan media Islam dalam komunisasi Islam ditumpukan kepada lima aspek terpenting iaitu:

1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.

2. Mempertahankan isu-isu berkaitan dengan kehidupan ummah.

3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.

4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.

5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.


         



Sabtu, 26 Februari 2011

MUTIARA DOA: Doa keluar bermusafir

"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dalam perjalanan ku ini kebaikan dan takwa dan daripada amalan yang Engkau reda."
                                                                                                                                                                              

" Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan kepada kami perjalanan ini dan perdekatkan kepada kami jarak perjalanan yang jauh."

"Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau yag menemani di dalam perjalanan dan pengganti di dalam keluarga."

"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada kesukaran dan kepenatan perjalanan serta aku kelihatan sedih serta daripada keburukan ketika kembali kepada harta, keluarga dan anak."

Halangan dan Jenis Media dalam Komunikasi Islam

Antara halangan komunikasi adalah mengutuk orang, memperkecil-kecilkan orang, membocorkan rahsia orang, mengumpat orang, memuji berlebihan, bertengkar, bercakap kotor, dan lain-lain lagi. Di antara media yang digunakan dalam dakwah Islam ialah:

1. Al-Quran
Al-Quran sebagai kitab dapat dikategorikan sebagai sejenis media cetak yang memiliki baynak fungsi antaraya sebagai informasi, mendidik, pengawasan sosial, memberi petunjuk, nasihat, memberi keyakinan, dan memperkukuh terhadap pegangan hidup.

2. Jemaah/Organisasi
Organisasi yang berfungsi sebagai media meliputi organisasi formal dan informal yang wujud dalam masyarakat Islam seperti organisasi politik, sosial, pendidikan, kebajikan, agama (dakwah), sukan dan rekreasi, dan lain-lain.

3. Lisan
Lisan merupakan media yang paling banyak digunakan dan sangat berkesan menyampaikan mesej seperti dalam bentuk pidato, kuliah, diskusi, penerangan agama dan sebagainya.

4. Tulisan
dalam proses komunikasi, tulisan merupakan media yang digunakan secara meluas dan diguna pakai oleh beberapa lapisan masyarakat dan dalam pelbagaii bidang kehidupan seperti surat khabar, majalah, risalah, poster, buletin, buku, surat dans ebagainya.

5. Lukisan/Gambar
merupakan media tertua dalam sejarah kehidupan manusia dan masih berkesan sehingga ke hari ini. sebagai contoh: cerita bergambar, peta, ukiran gambar, grafik, diagram, statistik.

6. Perbuatan dan bahasa badan termasuk isyarat
satu penyampaian mesej dengan memperlihatkan perbuatan/ tingkah laku yang ada makna seperti komunikasi dengan bahasa isyarat.

7. Audio-Visual
Ia merupakan media komunikasi yang paling berkesan pada era ini kerana merangsang deria pendengaran dan penglihatan secara serentak serta lebih menarik. sebagai contoh: TV, filem, drama, sandiwara, teater, komputer slide dan lain-lain.

MUTIARA DOA: Doa ketika hendak masuk rumah

"Wahai Tuhanku, bahawasanya aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk, dengan nama Allah kami keluar. Dan kepada Allah Tuhan kami, kami menyerahkan diri."